Monday, 9 May 2011

mari kawan-kawan! collect sorang singgit. kita beli ini!

1.     kalau ikot kan semua bende dalam dunia ni aku nak. tapi orang kata siapa tamak selalunye rugi. jadi aku pendek kan list yang panjang berjele-jele tu jadi sependek yang mungkin. aku serius. lihatlah. sangat pendek.

rock racing bike
2.     jangan nak membongak! haha. aku nak basikal ni bukan sebab ramai budak da main fixie skang ni. ye ok aku ngaku ade la sket..dulu..aku nak ikot jugak. haha. tapi semenjak dua ni perspektif aku kat basikal da berbeze. ayah aku. ye cik kuduk tu. da mula mengayuh sejak sebulan yang lepas. untuk kesihatan kata dia. makin lama makin ramai pulak yang folow. semua tua-tua. sekarang aku da terpengaruh. jadi kawan-kawan. mari bagi seringgit sorang. mahu beli ini.

i phone 4 5 6 7 8 9 10 J Q K A
3.     ok yang ni memang dari dulu lagi nak. tapi apakan daya. masih belum mampu. tak apa. sikit hari lagi ye alep. sikit hari lagi. (sabar je la).

austin cooper
4.     yang ni aku serius. macam mana pun aku akan dapat kan juga. ingat kan aku kalau aku lupa. aku da janji sebelum aku simpan duit kawen. aku nak beli kereta idaman ni. rasa-rasa 5-6 bulan keje lepas x nak  dapat? hui.

p/s : hari ni ibu spagett da beli iphone 4. best2!! hehe :) 





Saturday, 7 May 2011

hari ini hari ibu. aku ingat. sangat ingat.

.SALBIAH BINTI HASSAN.

selamat hari ibu bu. terima kasih kerana bersabung nyawa melahirkan along ke dunia ni. menyusukan masa bayi, mendidik, marah apa yang salah, puji apa yang bagus, sentiasa ada di sisi masa along sakit, terima kasih ibu. jasa ibu x dapat along bayar walau dengan apa sekalipun. terima kasih.

I LOVE YOU IBU! AND HAPPY MOTHER'S DAY!

p/s : ibu yang terbaik! :)

Thursday, 5 May 2011

sudah agak lama, juga sudah malas.

1.     selamat untuk semua! dewasa ini aku sgt susah untuk dapatkan kerajinan untuk update besha ni. ahahahahai.. :) tapi xpe. sekarang aku sedang rajin. lihat. sangat rajin. (2belah tangan kedada, anak mata ke atas.)

2.     walaupun sudah agak lewat tapi aku tetap nak share ngan korang sume ape yang aku dapat masa 23april2011 haritu. terimas pada semua yang wish terutama 4 yang utama. bonda tercinta SALBIAH HASSAN, ayahanda tersempoi ISKANDAR ISHAK, spagett terspecial AMIERA HILDA ROSLAN, dan kembar poyo2 NAZATUL AMIERA JASNI. 

3.     ni lah barang berharga yang aku ade sekarang ni. pemberian korang amat bermakna untuk aku. *lakonan adalah rekaan semata-mata (pecayalah)

maaf aku memang rakus..
terperanjat dan..
jengjeng..lihatlah, ini lah dia. lalu aku pun..
pergi ke court futsal dan teros nak main walaupun dihalang keras oleh  miera.
mintak maaf. aku memang rakus.
dari spagett aku miera


DAN
ni bukan aku punye. tapi lebih kurang je. :)
tengkiu ayah!



p/s : terima kasih semua! :)






Wednesday, 27 April 2011

supersweet birthday!

1.     entri ni khas untuk nazatul amiera jasni.  SELAMAT HARI LAHIR! mell untuk entri ni abang khas kan untuk kau sorang je. sebab hari ni kan hari kau. so, epi beday mell. semoga sihat dan dimurahkan rezeki serta berjaya dalam ape pun yang kau buat.

yang baju biru tu la dia.
2.     rock kan? haha. macam yang comel penah cakap, ramai yang cakap muke kitorang ni lebih kurang. pada pandangan aku susah aku nak carik belah mane yang same. tapi mane nak same kan mate orang ngan mate sendiri. aku x tekejut pun kalau muke kitorang same sebab darah pun same. cucu tok janggut jugak kan? heheh. dan betul mell. sebut sal arwah atuk terase rindu sgt kat dia. alfatihah.

berbaju kurung nampak ayu gak mell. haha. :)
3.     amacam? hensem kan aku pakai songkok? haha. ok2. bukan nak cite sal aku. entri ni masih aku dedikasikan untuk comel sempena 27 APRIL 2011 ni. mell ingat x mase kecik2 dulu ape abang pakai sume kau pakai kan? abang pakai baju melayu kau pun baju melayu jugak. ibu soh kau tuka baju pun kau x nak sebab nak same ngan abang. dan bile orang tanye kau lelaki ke pompuan mesti kau cakap kau lelaki macam abang. haha. last2 bile da besa jadi jugak perempuan sejati. alhamdulillah. syukur ke hadrat tuhan. kalau x gamba ni mesti kau ngah pakai baju melayu same macam abang jugak kan? alamak! hehe.

4.     kalau nak cite ape yang kite wat same2 dari dulu sampai skang susah nak abis kan mell. so kite simpan je la bende2 tu. so mell. abang doakan yang terbaik untuk semuanya dan sekali lagi selamat hari lahir! 

p/s : mell..mell.. da bosa panjang da ekau. :)


Friday, 22 April 2011

baby! baby! baby! ohhh.. bieberfiever! yeah!

1.     assalammualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan pada rakan-rakan dan dan sedare mare sekalian. ecececeh. ok! entri ni ditulis dengan tanpa ada kena mengena langsung ngan justin bieber kecuali tajuk ni je aku petik dari lagu die. (xde motif pun)

2.     hari ini 22 APRIL 2011, ini bermakna besok kejap lagi genap lah umur aku 21 tahun. haah.. da besa dah. tujuan utama aku tulis entri ni adalah untuk berterime kasih kepada insan-insan istimewa yang da semangat n excited untuk hari jadi aku ni. insan-insan nya adalah seperti berikut :

ni lah dia
3.     nama dia comel. haah. iye. comel je name dia. (ye ah tu ^.^ ) dia NAZATUL AMIERA JASNI. siapa dia? adik aku lah! xpecaye? betul la weh! hehe. ok. sebenanye aku nak berterima kasih sgt kat dia sebab dia da tulis pasal hari jadi aku kat belog dia! wah! (first time! first time!) tengkiu thank you mell. abang sayang kau! muai! muai! muai! haha..

yang ni pula
4.     AMIERA HILDA ROSLAN. macam tipu je kan sebab 22 name miera kan? tapi real ni weh. dia ni pulak orang yang paling extreme sekali pasal hari jadi aku ni. sebab besok dia nak bawak aku nek kete dia dan dia drive untuk aku. (da lame aku tunggu ^.^ ) disini aku nak buat ucapan penghargaan dan terima kasih untuk besok. walaupun belom lagi tapi aku da terasa kawan-kawan semua. hehe.  (oO)3x

5.     terima kasih amiera kuasa 2. aku sayang korang berdua. (group hug!) dan pada yang lain dan sudah pun membaca entri ini, sile jangan muntah atau whatsoever sebab aku terase gurlish sejenak dan nak menggedik untuk entri ni. suka? likelah!

p/s : rase gedik uols! hewhewhew..




Tuesday, 15 March 2011

kerja|jangan buat weh!



"kenapa aku yang kena ni?"
1.  BILA NAK PONTENG KERJA, MENYUSAHKAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN.
      orang macam ni elok pegi masuk hutan dan hidup ngan monyet2 kat dalam tu. hidup bertamadun pun xda maknanya kat orang macam ni sebab tau kesenangan diri sendiri je tapi orang lain yang jadi mangsa nak jawab/tipu alasan pasal kau. macam sial! kesian kat member kau tu. kompem xpasal2 dia yang ensem pagi-pagi camtu kena bebel ngan bos.sebab siapa? sebab kau! bukan kau! kau!


 2.  TAKE ADVANTAGE NGAN KEADAAN DIRI
"kau tau kan aku ni sakit"
      tolonglah, perangai macam ni yang paling x patut manusia-manusia bekerjaya patut ada. lagi macam bodoh. ye, semua orang tau kau ada penyakit tu penyakit ni. tapi jangan bagi alasan la atas sebab-sebab kau tu. padahal malam tadi kau enjoy tah kemana and balik tah pukul berapa. bila pagi malas nak pegi kerja. xpayah tipu la nak cakap "aku sakit", "kaki aku krem la, xdapat pegi kerja". kalau tu je xpe, ni siap pesan "ko tolong cakap kat bos aku x dapat datang sebab sakit" padahal malam tadi meronggeng sampai pukul 5 6 pagi. bodoh! bodoh! bodoh!


3.  BUAT-BUAT COOL WALAUPUN TAU YANG KAU DA TELAMBAT
      ni pun lagi 1 hal. benda ni dikecualikan kalau kau pergi kerja sendiri n naik kenderaan sendiri. tp sangat2 tidak baik/kejam/macambangang kalau kau tu tumpang orang ke tempat kerja. pandai2 lah jaga hati member. klu iye pun kau yang tuang minyak tp jangan la buat member kau tu macam kuli bapak kau.
"der relek la dulu, awal lagi"

     atlis bangun la awal. siap awal. sejuk ati member bila sampai nak amek kau. ni x. da la lambat. member sampai bawak moto laju-laju. sampai-sampai tengok kau tengah syok membungkang. pastu kalau bangun teros mandi laju-laju siap cepat-cepat pun masih ok. tersejuk la jugak ati si member tu tadi. tp boleh pulak dia buat2 cool. apa punya orang macam ni? untung kalau dapat member penyabar. kalau x, da lama kau kena hempuk.

P/s : rasa nak pijak kalau jumpa orang yang menepati semua ciri-ciri ni.

Sunday, 13 March 2011

monyet: edisi | uukuukeeaauuk

DENGAN SEGALA HORMAT AKU PERKANALKAN

3 monyet intan payung kesayangan aku.
P/s : monyet gongak, monyet kecoh, monyet hitam :)


Thursday, 10 March 2011

CHOY!!! edisi | terkedu

DI SEBUAH FIRM AKITEK YANG BARU NAK UP<5.15pm>
khailan(bukan nama sebenar)
alep(juga bukan nama sebenar)
bos(dah tentu bukan nama sebenar)

khailan  : alep banyak lagi drawing yang kau nak buat?
alep      : xde. asal weh?
khailan  : ok. kalau macam tu kita balik pukul 5.40 la.
 dengan hati yang gembira alep pun setuju ngan cadangan khailan tu.*syok dapat balik awal.

DI PERTENGAHAN JALAN PULANG KERUMAH (DUKE)<5.40PM>
alep      : adoi hujan pulak! basah la seluar kerja aku ni! besok nak pakai apa?
 mengomel sorang-sorang atas motorsikalnya. *motor pinjam

HAMPIR SAMPAI DI RUMAH(LORONG RUMAH)<6.00PM>
 handphone berbunyi ; pemanggil|bos ; hujan
alep      : alamak asal bos call aku ni..adoi..nak angkat ke xnak angkat ni. hujan,xpe xyah angkat. :)

LOKASI : DEPAN PINTU RUMAH
 baru parking motor ; handphone berbunyi lagi ; pemanggil|bos ; basah kuyup
alep      : apa yang urgent sangat ni? ya, hello bos. boleh saya bantu?
bos       : hello lep, kau dekat mana?
alep      : baru je sampai rumah bos. kenapa?
bos       : sampai rumah? kenapa kau keluar office sebelum pukul 6?
alep      : err..tadi nak hujan bos. sebab tu saya balik awal.
bos       : macam tu ke cara bekerja?
 terkedu ; terkejut ; masih basah
bos       : hey, macam mana kau kerja ni? macam tu ke cara kerja yang betul?
alep      : x bos.. pasrah ; terkejut ; masih basah
bos       : aku xpenah jumpa orang macam ni la. xde disiplin. kau ingat kau datang office tu untuk main-main ke? kalau macam ni cara kau kerja baik besok kau xpayah datang lagi. kau ingat aku bayar gaji kau untuk kau kerja macam ni ke? bla bla bla
 fikiran mula merewang tah kemana ; terkedu ; masih basah ;
alep      : bos saya minta maaf. saya tau salah saya.
bos       : kau, apis, khailan sama je. kalau macam ni korang semua xpayah da datang besok bla bla bla..
 diam ; bos marah ; hujan ; masih basah
alep      : bos saya minta maaf.
bos       : tuuuuuuuuuuutttt...tuuuuuuttt...tuuuuut...
 panggilan diputuskan ; terkedu ; hujan ; masih basah 

P/s : kalau tunggu lagi 20 minit mesti malam tu alep tido ngan tenang dan gembira kan? adoiadoiadoi! :)

Tuesday, 8 March 2011

run! macaron run!

situasi 1 : di pejabat(sedang berfesbuk).

"nak 'benda' ni sekarang jugak. cari sampai dapat. x dapat, x payah call or mesej seminggu."

'benda' =  MACARON

1.  MACARON. apa benda ni? tu perkataan petama yang muncul dari medula omonglata* aku. *camtu eh ejaan dia? ok xpe sebab ini kan blog aku. berbalik pada macaron ni. mula-mula aku pun x tahu apa bendanya ni. maklum saja kat gombak jarang ada benda-benda yang nama macam ni. atlis kat tempat aku. xde.

2.  MACARON tu macaroni ke? ok. klu untuk orang-orang yang malas befikir atau malas nak google bla bla bla (yang pentingnye malas) macam aku, biasanya akan membuat kesimpulan-kesimpulan yang bernas dan simple macam ni. senangkan? x payah nak fikir panjang-panjang.

"MACARON tu apa bendanya weh?"

3.  ok. aku nak bagi tau la ni. macaron ni sebenarnya sejenis makanan / kudapan / kunyah-kunyahan yang rupanya iras-iras berger. ya berger, korang x pecaya? sila lihat dengan mata korang sendiri.

inilah dia macaron tu.

kecik je kan? choi!

4.  kan? macam berger kan? benda alah ni datang ngan pelbagai warna. dan aku dapat info tadi (google je) yang macaron ni boleh kita beli dekat One Utama, Damansara. harga dia boleh tahan jugak. 3hengget sebijik. kecit cenonet je la. kayap ketiak pakcik kalau anak-anak mintak hari-hari. so jangan lah pandai-pandai ngaja anak makan benda-benda cani pasni orait? 

5.  pasni leh la pegi mana-mana kedai bawa yang tersayang pergi makan benda cenonet ni. tapi sebelum berhajat tu cuba-cuba lak ngecek poket tu dulu mana tahu kalau-kalau poket terbocor ke or ter-ter yang lain. dan bertambah-tambah patut ngecek 2 3 kali bila orang yang kita bawa tu boleh tahan gak pemakan orangnya (macam aku).

6.  tu je yang aku baru tau pasal makaron ni. cakap lebih-lebih pun x guna jugak sebab aku pun x rasa lagi. jadi beramai-ramailah kita pergi ber'makaron' pasni. run! macaron run!

P/s : makan berger oblong lagi berbaloi. sedap pun sedap. gemok pun gemok. 

Monday, 7 March 2011

kenapa belogsesukahatiaku?

1.  setelah berpenat lelah, bersengkang mata, akhirnya aku berjaya gak setlekan apa yang perlu untuk buat blog ni. ye aku memang baru lagi kat sini (sebenanye da lama mencuba) dan da bnyak kali gak gagal nak menulis, tp hati ni masih lagi nak menulis dan join komuniti ni untuk suka-suka, untuk bla bla bla.. cukup-cukup la tu.


mesti lima punya!
2.  ok kenapa belogsesukahatiaku(besha)?? haha.. besha? gedik bila bace balik. dan lebih terase gedik bile aku tau yang aku ni lelaki. ok kenape besha? benda ni memang buat aku pening kepala. mmg da lama dlu aku nak tulis blog. tengok kawan-kawan tulis. awek tulis. jiran-jiran. datuk. nenek. so terasa minat la kan? tp aku sangkut nak create bende ni sebab title blog aku je. da lame bende ni aku pendam sbenanye tp ni la hakikat.

seni halus

3.  akhirnya, aku buat gak belogsesukahatiaku ni sbb aku boleh tulis apa je yang aku nak kat blog ni tanpa ada sebarang theme atau tah ape2 lagi tah. sebab ni kan belogsesukahatiaku. harap aku boleh join korang2 yang terer lam blogging ni dan selamat memberi tunjuk ajar! :)