Monday 9 May 2011

mari kawan-kawan! collect sorang singgit. kita beli ini!

1.     kalau ikot kan semua bende dalam dunia ni aku nak. tapi orang kata siapa tamak selalunye rugi. jadi aku pendek kan list yang panjang berjele-jele tu jadi sependek yang mungkin. aku serius. lihatlah. sangat pendek.

rock racing bike
2.     jangan nak membongak! haha. aku nak basikal ni bukan sebab ramai budak da main fixie skang ni. ye ok aku ngaku ade la sket..dulu..aku nak ikot jugak. haha. tapi semenjak dua ni perspektif aku kat basikal da berbeze. ayah aku. ye cik kuduk tu. da mula mengayuh sejak sebulan yang lepas. untuk kesihatan kata dia. makin lama makin ramai pulak yang folow. semua tua-tua. sekarang aku da terpengaruh. jadi kawan-kawan. mari bagi seringgit sorang. mahu beli ini.

i phone 4 5 6 7 8 9 10 J Q K A
3.     ok yang ni memang dari dulu lagi nak. tapi apakan daya. masih belum mampu. tak apa. sikit hari lagi ye alep. sikit hari lagi. (sabar je la).

austin cooper
4.     yang ni aku serius. macam mana pun aku akan dapat kan juga. ingat kan aku kalau aku lupa. aku da janji sebelum aku simpan duit kawen. aku nak beli kereta idaman ni. rasa-rasa 5-6 bulan keje lepas x nak  dapat? hui.

p/s : hari ni ibu spagett da beli iphone 4. best2!! hehe :) 





Saturday 7 May 2011

hari ini hari ibu. aku ingat. sangat ingat.

.SALBIAH BINTI HASSAN.

selamat hari ibu bu. terima kasih kerana bersabung nyawa melahirkan along ke dunia ni. menyusukan masa bayi, mendidik, marah apa yang salah, puji apa yang bagus, sentiasa ada di sisi masa along sakit, terima kasih ibu. jasa ibu x dapat along bayar walau dengan apa sekalipun. terima kasih.

I LOVE YOU IBU! AND HAPPY MOTHER'S DAY!

p/s : ibu yang terbaik! :)

Thursday 5 May 2011

sudah agak lama, juga sudah malas.

1.     selamat untuk semua! dewasa ini aku sgt susah untuk dapatkan kerajinan untuk update besha ni. ahahahahai.. :) tapi xpe. sekarang aku sedang rajin. lihat. sangat rajin. (2belah tangan kedada, anak mata ke atas.)

2.     walaupun sudah agak lewat tapi aku tetap nak share ngan korang sume ape yang aku dapat masa 23april2011 haritu. terimas pada semua yang wish terutama 4 yang utama. bonda tercinta SALBIAH HASSAN, ayahanda tersempoi ISKANDAR ISHAK, spagett terspecial AMIERA HILDA ROSLAN, dan kembar poyo2 NAZATUL AMIERA JASNI. 

3.     ni lah barang berharga yang aku ade sekarang ni. pemberian korang amat bermakna untuk aku. *lakonan adalah rekaan semata-mata (pecayalah)

maaf aku memang rakus..
terperanjat dan..
jengjeng..lihatlah, ini lah dia. lalu aku pun..
pergi ke court futsal dan teros nak main walaupun dihalang keras oleh  miera.
mintak maaf. aku memang rakus.
dari spagett aku miera


DAN
ni bukan aku punye. tapi lebih kurang je. :)
tengkiu ayah!



p/s : terima kasih semua! :)