Tuesday, 15 March 2011

kerja|jangan buat weh!



"kenapa aku yang kena ni?"
1.  BILA NAK PONTENG KERJA, MENYUSAHKAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN.
      orang macam ni elok pegi masuk hutan dan hidup ngan monyet2 kat dalam tu. hidup bertamadun pun xda maknanya kat orang macam ni sebab tau kesenangan diri sendiri je tapi orang lain yang jadi mangsa nak jawab/tipu alasan pasal kau. macam sial! kesian kat member kau tu. kompem xpasal2 dia yang ensem pagi-pagi camtu kena bebel ngan bos.sebab siapa? sebab kau! bukan kau! kau!


 2.  TAKE ADVANTAGE NGAN KEADAAN DIRI
"kau tau kan aku ni sakit"
      tolonglah, perangai macam ni yang paling x patut manusia-manusia bekerjaya patut ada. lagi macam bodoh. ye, semua orang tau kau ada penyakit tu penyakit ni. tapi jangan bagi alasan la atas sebab-sebab kau tu. padahal malam tadi kau enjoy tah kemana and balik tah pukul berapa. bila pagi malas nak pegi kerja. xpayah tipu la nak cakap "aku sakit", "kaki aku krem la, xdapat pegi kerja". kalau tu je xpe, ni siap pesan "ko tolong cakap kat bos aku x dapat datang sebab sakit" padahal malam tadi meronggeng sampai pukul 5 6 pagi. bodoh! bodoh! bodoh!


3.  BUAT-BUAT COOL WALAUPUN TAU YANG KAU DA TELAMBAT
      ni pun lagi 1 hal. benda ni dikecualikan kalau kau pergi kerja sendiri n naik kenderaan sendiri. tp sangat2 tidak baik/kejam/macambangang kalau kau tu tumpang orang ke tempat kerja. pandai2 lah jaga hati member. klu iye pun kau yang tuang minyak tp jangan la buat member kau tu macam kuli bapak kau.
"der relek la dulu, awal lagi"

     atlis bangun la awal. siap awal. sejuk ati member bila sampai nak amek kau. ni x. da la lambat. member sampai bawak moto laju-laju. sampai-sampai tengok kau tengah syok membungkang. pastu kalau bangun teros mandi laju-laju siap cepat-cepat pun masih ok. tersejuk la jugak ati si member tu tadi. tp boleh pulak dia buat2 cool. apa punya orang macam ni? untung kalau dapat member penyabar. kalau x, da lama kau kena hempuk.

P/s : rasa nak pijak kalau jumpa orang yang menepati semua ciri-ciri ni.

Sunday, 13 March 2011

monyet: edisi | uukuukeeaauuk

DENGAN SEGALA HORMAT AKU PERKANALKAN

3 monyet intan payung kesayangan aku.
P/s : monyet gongak, monyet kecoh, monyet hitam :)


Thursday, 10 March 2011

CHOY!!! edisi | terkedu

DI SEBUAH FIRM AKITEK YANG BARU NAK UP<5.15pm>
khailan(bukan nama sebenar)
alep(juga bukan nama sebenar)
bos(dah tentu bukan nama sebenar)

khailan  : alep banyak lagi drawing yang kau nak buat?
alep      : xde. asal weh?
khailan  : ok. kalau macam tu kita balik pukul 5.40 la.
 dengan hati yang gembira alep pun setuju ngan cadangan khailan tu.*syok dapat balik awal.

DI PERTENGAHAN JALAN PULANG KERUMAH (DUKE)<5.40PM>
alep      : adoi hujan pulak! basah la seluar kerja aku ni! besok nak pakai apa?
 mengomel sorang-sorang atas motorsikalnya. *motor pinjam

HAMPIR SAMPAI DI RUMAH(LORONG RUMAH)<6.00PM>
 handphone berbunyi ; pemanggil|bos ; hujan
alep      : alamak asal bos call aku ni..adoi..nak angkat ke xnak angkat ni. hujan,xpe xyah angkat. :)

LOKASI : DEPAN PINTU RUMAH
 baru parking motor ; handphone berbunyi lagi ; pemanggil|bos ; basah kuyup
alep      : apa yang urgent sangat ni? ya, hello bos. boleh saya bantu?
bos       : hello lep, kau dekat mana?
alep      : baru je sampai rumah bos. kenapa?
bos       : sampai rumah? kenapa kau keluar office sebelum pukul 6?
alep      : err..tadi nak hujan bos. sebab tu saya balik awal.
bos       : macam tu ke cara bekerja?
 terkedu ; terkejut ; masih basah
bos       : hey, macam mana kau kerja ni? macam tu ke cara kerja yang betul?
alep      : x bos.. pasrah ; terkejut ; masih basah
bos       : aku xpenah jumpa orang macam ni la. xde disiplin. kau ingat kau datang office tu untuk main-main ke? kalau macam ni cara kau kerja baik besok kau xpayah datang lagi. kau ingat aku bayar gaji kau untuk kau kerja macam ni ke? bla bla bla
 fikiran mula merewang tah kemana ; terkedu ; masih basah ;
alep      : bos saya minta maaf. saya tau salah saya.
bos       : kau, apis, khailan sama je. kalau macam ni korang semua xpayah da datang besok bla bla bla..
 diam ; bos marah ; hujan ; masih basah
alep      : bos saya minta maaf.
bos       : tuuuuuuuuuuutttt...tuuuuuuttt...tuuuuut...
 panggilan diputuskan ; terkedu ; hujan ; masih basah 

P/s : kalau tunggu lagi 20 minit mesti malam tu alep tido ngan tenang dan gembira kan? adoiadoiadoi! :)

Tuesday, 8 March 2011

run! macaron run!

situasi 1 : di pejabat(sedang berfesbuk).

"nak 'benda' ni sekarang jugak. cari sampai dapat. x dapat, x payah call or mesej seminggu."

'benda' =  MACARON

1.  MACARON. apa benda ni? tu perkataan petama yang muncul dari medula omonglata* aku. *camtu eh ejaan dia? ok xpe sebab ini kan blog aku. berbalik pada macaron ni. mula-mula aku pun x tahu apa bendanya ni. maklum saja kat gombak jarang ada benda-benda yang nama macam ni. atlis kat tempat aku. xde.

2.  MACARON tu macaroni ke? ok. klu untuk orang-orang yang malas befikir atau malas nak google bla bla bla (yang pentingnye malas) macam aku, biasanya akan membuat kesimpulan-kesimpulan yang bernas dan simple macam ni. senangkan? x payah nak fikir panjang-panjang.

"MACARON tu apa bendanya weh?"

3.  ok. aku nak bagi tau la ni. macaron ni sebenarnya sejenis makanan / kudapan / kunyah-kunyahan yang rupanya iras-iras berger. ya berger, korang x pecaya? sila lihat dengan mata korang sendiri.

inilah dia macaron tu.

kecik je kan? choi!

4.  kan? macam berger kan? benda alah ni datang ngan pelbagai warna. dan aku dapat info tadi (google je) yang macaron ni boleh kita beli dekat One Utama, Damansara. harga dia boleh tahan jugak. 3hengget sebijik. kecit cenonet je la. kayap ketiak pakcik kalau anak-anak mintak hari-hari. so jangan lah pandai-pandai ngaja anak makan benda-benda cani pasni orait? 

5.  pasni leh la pegi mana-mana kedai bawa yang tersayang pergi makan benda cenonet ni. tapi sebelum berhajat tu cuba-cuba lak ngecek poket tu dulu mana tahu kalau-kalau poket terbocor ke or ter-ter yang lain. dan bertambah-tambah patut ngecek 2 3 kali bila orang yang kita bawa tu boleh tahan gak pemakan orangnya (macam aku).

6.  tu je yang aku baru tau pasal makaron ni. cakap lebih-lebih pun x guna jugak sebab aku pun x rasa lagi. jadi beramai-ramailah kita pergi ber'makaron' pasni. run! macaron run!

P/s : makan berger oblong lagi berbaloi. sedap pun sedap. gemok pun gemok. 

Monday, 7 March 2011

kenapa belogsesukahatiaku?

1.  setelah berpenat lelah, bersengkang mata, akhirnya aku berjaya gak setlekan apa yang perlu untuk buat blog ni. ye aku memang baru lagi kat sini (sebenanye da lama mencuba) dan da bnyak kali gak gagal nak menulis, tp hati ni masih lagi nak menulis dan join komuniti ni untuk suka-suka, untuk bla bla bla.. cukup-cukup la tu.


mesti lima punya!
2.  ok kenapa belogsesukahatiaku(besha)?? haha.. besha? gedik bila bace balik. dan lebih terase gedik bile aku tau yang aku ni lelaki. ok kenape besha? benda ni memang buat aku pening kepala. mmg da lama dlu aku nak tulis blog. tengok kawan-kawan tulis. awek tulis. jiran-jiran. datuk. nenek. so terasa minat la kan? tp aku sangkut nak create bende ni sebab title blog aku je. da lame bende ni aku pendam sbenanye tp ni la hakikat.

seni halus

3.  akhirnya, aku buat gak belogsesukahatiaku ni sbb aku boleh tulis apa je yang aku nak kat blog ni tanpa ada sebarang theme atau tah ape2 lagi tah. sebab ni kan belogsesukahatiaku. harap aku boleh join korang2 yang terer lam blogging ni dan selamat memberi tunjuk ajar! :)